Warga emas cedera terkena serpihan bumbung

Iklan
Rumah penduduk yang mengalami kerosakan di bahagian bumbung akibat kejadian puting beliung.

PORT DICKSON - Seorang wanita warga emas cedera di kepala selepas terkena serpihan bumbung dalam kejadian puting beliung yang melanda Taman Bagan Kurnia, Chuah dekat sini pada Rabu.

Kejadian jam 10.30 pagi turut mengakibatkan 10 rumah di taman berkenaan mengalami kerosakan di bahagian bumbung.

Iklan
Iklan

Menantu mangsa, Adilla Yunus, 44, berkata, ketika kejadian hanya ibu mertuanya, Siti Mariam Abu, 86, berada di rumah, manakala dia bersama suami serta anaknya keluar bekerja.

Menurutnya, ibu mentuanya terkena serpihan atap yang terjatuh dari siling.

Iklan

"Kami hanya mengetahui kejadian ini ketika pulang ke rumah dan segera membawa ibu ke Klinik Desa untuk rawatan. Alhamdulillah lukanya tidak teruk," katanya ketika ditemui di rumahnya pada Rabu.

Bumbung rumah penduduk yang mengalami kerosakan.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) Taman Bagan Kurnia, Awang Ahmad Awang Hussin berkata, kejadian ini adalah yang pertama kali berlaku di taman berkenaan.

Iklan

Menurutnya, dalam masa lima minit sahaja hampir 10 rumah mengalami kerosakan di bahagian bumbung.

"Ini adalah kejadian paling buruk, tidak pernah saya tengok angin puting beliung berlaku di taman ini. Namun bersyukur kerana tidak melibatkan nyawa," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Chuah, Datuk Yek Diew Ching berkata, pihaknya melalui kerajaan negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Daerah Port Dickson akan membantu semua mangsa dalam waktu terdekat bagi meringankan beban mereka.

"Saya akan memantau perkembangan ini dan akan membantu mangsa di taman ini secepat mungkin," katanya.

Diew Ching (kanan) melawat lokasi kejadian puting beliung di Taman Bagan Kurnia, Chuah dekat sini pada Rabu.