Peraih ikan dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun

Iklan
mahkamah

KUANTAN - Seorang peraih ikan mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas dua pertuduhan pilihan iaitu memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang kakitangan Alam Flora dan memandu secara berbahaya pada 25 Mei tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz memutuskan Teoh Kian Peng, 43, dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM20,000 bersama seorang penjamin.

Iklan
Iklan

Mahkamah juga mengenakan denda RM8,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

"Tertuduh juga perlu mematuhi syarat tidak boleh menyertai aktiviti berkaitan alkohol selama dua tahun.

Iklan

"Selain itu, tertuduh diwajibkan supaya melaporkan diri di balai polis pada Isnin pertama setiap bulan, selain lesen memandunya digantung selama lima tahun dengan butiran kesalahan dicatatkan pada lesen itu," katanya ketika menjatuhkan hukuman tersebut.

Kian Peng mengaku atas pertuduhan pilihan iaitu memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian Irwan Herman Kamarudin, 41, di Jalan Kuantan Bypass, berhampiran Bukit Rangin, kira-kira jam 9.20 malam pada 25 Mei 2020.

Iklan

Dia dapati bersalah mengikut Seksyen 44 (6) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 44 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun serta denda sehingga RM20,000.

Dalam prosiding itu, Zainal Azman menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap Kian Peng kerana didapati memandu secara berbahaya.

Mahkamah mengarahkan penjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan dan butiran kesalahan akan direkodkan dalam lesen milik tertuduh.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh mengaku memandu kenderaan secara melulu dan berbahaya kepada orang awam di Jalan Kuantan Bypass, berhampiran Bukit Rangin, antara 9.10 dan 9.15 malam pada 25 Mei 2020.

Tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987

yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama dua tahun.

Sebelum itu, Zainal Azman dalam penghakimanya berkata, hukuman ringan diberikan terhadap tertuduh dengan mengambil kira pengakuan salah tertuduh.

Malah, katanya, tertuduh juga tidak pernah menafikan berlakunya kemalangan tersebut termasuk menyebabkan kematian terhadap mangsa.

"Tertuduh juga telah membantu keluarga mangsa, Irwan Herman sejak berlaku kejadian itu dan berusaha berbincang dengan keluarga mangsa tanpa arahan daripada mahkamah.

"Mahkamah merasakan ini adalah usaha murni yang datang dari pihak tertuduh sendiri," katanya.

Pendakwa kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hayda Faridzal Abu Hasan, manakala tertuduh diwakili enam peguam yang diketuai Mohamad Hamizey Mat Taib dan Datuk Zailan Mohamed.

Pada 1 Jun 202, tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Irwan Herman dalam kemalangan di Jalan Kuantan Bypass.

Kereta dipandu mangsa dirempuh kenderaan tertuduh yang dipandu melawan arus.