TOKYO - Fumio Kishida memenangi pemilihan presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), parti yang memerintah Jepun dan bakal menggantikan Perdana Menteri Yoshihide Suga, lapor Xinhua.
Kishida, bekas menteri luar memperoleh 257 undi pada pusingan akhir mengatasi pencabarnya Taro Kono yang mendapat 170 undi.