SHAH ALAM - Orang ramai yang ingin keluar negara di atas urusan pembelajaran, kecemasan, bertemu pasangan jarak jauh (PJJ) dan beberapa urusan lain akan diberikan pengecualian daripada memohon MyTravelPass (MTP) Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pengecualian itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai dokumen berkaitan tujuan perjalanan yang lengkap berkuat kuasa Jumaat ini.