Potongan cukai RM700,000, taja aktiviti seni, budaya

Iklan
Suryani (dua, kiri) mendengar penerangan daripada Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Nori Abdullah (kanan) mengenai pameran hasil batik yang menjadi juara pada Piala Seri Endon tahun lalu.

SERI KEMBANGAN - Insentif potongan cukai sehingga had maksimum berjumlah RM700,000 akan diberikan kepada penaja swasta bagi aktiviti seni, budaya dan warisan tempatan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, usaha murni dari segi penajaan itu bagi memberi sokongan untuk membudayakan kraf dalam gaya hidup masyarakat.

Iklan
Iklan

"Saya ingin sarankan agar penaja swasta menyertai usaha murni ini dan turut sama menyumbang dalam apa sahaja bentuk.

"Pihak kementerian bersedia memberikan insentif itu atas segala sumbangan walaupun kecil, sangat bermakna bagi pihak penganjur.

Iklan

"Bantulah mereka sama ada dari segi kewangan atau berkongsi kepakaran,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Suryani Senja Alias pada Majlis Sidang Akhbar Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon 2019 di Wisma Penyayang, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Bakhtiar berkata, bagi meraikan Tahun Melawat Malaysia 2020 pada tahun hadapan, pihak kementerian menyasarkan sejumlah 30 juta pelancong asing akan melawat ke Malaysia dengan penjanaan pendapatan negara sebanyak RM100 bilion.

Iklan

"Bagi 2019, kementerian menyasarkan 28.1 juta pelancong asing akan melawat ke negara ini dengan penjanaan pendapatan RM92.2 bilion,” katanya.