Sabah tidak boleh tercicir mata berdepan Kelantan

Iklan
Kim Swee ketika mengendalikan sesi latihan pemain Sabah. FOTO: Sabah Football Club

SABAH FC perlu memastikan tidak tercicir mata penting ketika menentang Kelantan FC dalam aksi kedua Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada petang Khamis.

Justeru, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengingatkan anak buahnya supaya tidak memandang rendah terhadap pasukan tuan rumah yang hanya tewas 0-2 kepada juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pertama kumpulan dua hari lepas.

Iklan
Iklan

"Kita harus memperbaiki kelemahan yang ada. Saya percaya dalam latihan dua dan tiga hari lalu selepas perlawanan dengan PJ City, kita sudah mengenal pasti beberapa kelemahan yang ada,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kim Swee berkata, sekiranya Sabah FC gagal mendapatkan sebarang mata pada aksi tersebut, mereka bakal berdepan tugas berat, kerana lawan pasukan itu selepas ini adalah menentang JDT di Stadium Likas di sini pada 29 Oktober depan.

Iklan

Beliau berkata, pada perlawanan pertama menentang PJ City yang berkesudahan seri 1-1, corak permainan Sabah FC agak baik terutamanya pada separuh masa pertama, namun gagal mengekalkan rentak tersebut pada separuh masa kedua.

"Kita sudah mengenal pasti kelemahan ini, dan saya berharap semua pemain dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan petang esok,” katanya. - Bernama

Iklan