KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menetapkan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2021 pada 18 dan 19 Disember ini, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata persidangan itu akan dilakukan secara fizikal dan maya atau hybrid, bergantung kepada kelulusan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.