COX'S BAZAR - Seorang pemimpin komuniti Rohingya yang terkenal, Mohib Ullah mati ditembak oleh sekumpulan penyerang tidak dikenali di sebuah kem pelarian di Cox's Bazar pada Rabu.
Jurucakap polis, Rafiqul Islam berkata, Mohib ditembak ketika beliau berada di luar pejabatnya untuk menunaikan solat pada jam 8 malam waktu tempatan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, empat atau lima penyerang yang tidak dikenali menembak Mohib dari jarak dekat.
Rafiqul berkata, Mohib disahkan meninggal dunia di sebuah hospital.
Tambahnya, polis yang ditugaskan untuk memastikan keselamatan di 34 kem pelarian Rohingya telah meningkatkan kawalan dengan menempatkan ratusan lagi anggota bersenjata selepas kejadian tersebut.
"Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan," katanya.
Rafigul berkata, Mohib tidak pernah memberitahu tentang sebarang ancaman yang dihadapinya kepada polis. - Agensi