Maya kejutkan abam bomba?

Iklan
Instargam Maya Karin

PELAKON Maya Karin hari ini, mengejutkan anggota bomba awal pagi setelah pokok durian berdekatkan rumahnya terbakar.

Insiden itu dikongsi di Instagram miliknya selain memuji tindakan pantas anggota bomba berkejar ke kediamannya seawal jam 7 pagi.

Iklan
Iklan

Kata ratu filem seram itu, kejadian itu disedari jirannya lalu terus memaklumkannya.

"Pagi-pagi dah sarapan dengan bomba. Pukul 7 ada orang ketuk pintu. 'Kak, Kak, pokok durian terbakar Kak'.

Iklan

"The whole trunk was on fire, 10 meters into the air. Macam mana I pun tak tau. Yang penting bomba datang secepat mungkin," kata pelakon cantik itu.

Dalam pada itu, netizen sempat mengusik Maya apabila memuat naik rakaman video kerja-kerja pemadaman dilakukan.

Iklan

Suzaifaghiasuddin berkata, bersemangat sungguh anggota bomba apabila mengetahui lokasi kejadian itu adalah rumah Maya.

"Bersemangat sungguh abam-abam bomba bila dapat tahu itu rumah @maya_karin @anapenchala. Apa-apa pun terima kasih banyak atas bantuan yang diberikan. Tahniah bomba TTDI!!," katanya.

Bagi bullttttt, dia memberitahu, walaupun bukan rumah artis, anggota bomba tetap akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan harta benda dan nyawa dari kemusnahan serta kerosakan.