Korban rusuhan di penjara Ecuador meningkat 100 orang

Iklan
Lebih 100 banduan maut dalam rusuhan penjara di bandar pelabuhan barat daya Guayaquil pada Selasa. - Gambar hiasan

QUITO - Lebih 100 banduan maut dalam rusuhan penjara di bandar pelabuhan barat daya Guayaquil pada Selasa, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa penjara memaklumkan jumlah mangsa yang cedera dalam insiden di penjara Litoral Penitentiary itu kekal 52 orang.

Iklan
Iklan

"Menurut @SNAI_Ec sehingga kini disahkan lebih 100 banduan maut dan 52 cedera telah disahkan," memetik akaun Twitter pihak berkuasa pada Rabu.

Polis, Pejabat Pendakwa dan pihak berkuasa lain akan menjalankan siasatan ke atas kejadian itu yang disifatkan antara yang terburuk berlaku tahun ini. Ecuador sering menghadapi krisis rusuhan di penjara.

Iklan

Pada Februari, satu siri rusuhan berlaku di empat penjara menyebabkan 79 banduan maut dan 20 yang lain cedera, termasuk pegawai polis.

Presiden Ecuador Guillermo Lasso pada Rabu mengisytiharkan darurat di seluruh negara selama 60 hari untuk mengelak lebih banyak keganasan. -Bernama

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:30 maut, banduan bergaduh di Ecuador