Patah jari penangan ibu baran

Iklan
MOHD ZAMRI

FB: Suspek dikatakan bertindak sedemikian selepas dipercayai mengalami masalah kewangan: Polis

Jertih - Akibat tidak tahan melihat adiknya dipukul ibu kandung, seorang remaja perempuan nekad membawa adik-adiknya keluar rumah bersama di Kampung Gong Pasir dekat Kerandang, di sini, semalam.

Ibu mangsa yang berusia 44 tahun dikatakan tiba-tiba mengamuk dan mahu memukul adik lelaki mangsa yang berusia 7 tahun dalam kejadian 7.45 malam itu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama suspek dan adik lelaki dan perempuan masing-masing berusia 7 dan 9 tahun berada di rumah itu.

Menurutnya, mangsa cuba menghalang perbuatan suspek menyebabkan ibunya semakin agresif lalu menarik rambut mangsa sebelum remaja itu berjaya melarikan diri bersama dua adiknya.

Iklan

"Suspek dikatakan bertindak sedemikian selepas dipercayai mengalami masalah kewangan," katanya.

Mohd Zamri berkata lagi, mangsa yang tidak bersekolah dan bekerja sebagai jurujual mendakwa pernah dipukul suspek pada 11 Februari lalu.

Iklan

Menurutnya, dalam kejadian itu, mangsa dipukul dengan kipas oleh ibunya menyebabkan jari kelingking kanannya patah.

'Bagaimanapun mangsa tidak membuat laporan polis tentang kejadian yang menimpa dirinya namun selepas kejadian menimpa adiknya, dia membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja," katanya.

Mohd Zamri berkata, susulan laporan tersebut, suspek yang tidak bekerja ditahan di rumahnya kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Menurutnya, suspek kini direman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak -Kanak 2001.