Koeman serah nasib kepada Barcelona

Iklan
Ronald Koeman

PENGENDALI Barcelona, Ronald Koeman mengakui dirinya berada dalam bahaya dipecat oleh kelab itu selepas kekalahan 0-3 kepada Benfica dalam aksi Liga Juara-Juara pada awal pagi Khamis.

Menurut Koeman, dia menyerahkan nasibnya kepada kelab Catalan tersebut untuk membuat keputusan sama ada mengekalkannya atau tidak.

Iklan
Iklan

"Saya rasa pemain menyokong saya dengan sikap yang mereka tunjukkan. Namun, selebihnya saya tidak tahu.

"Saya tidak boleh katakan apa-apa kerana saya tidak tahu apa pandangan kelab mengenai situasi ketika ini. Saya tidak boleh jawab soalan mengenai perkara ini kerana ia bukan dalam tangan saya. Kita akan lihat apa akan terjadi," katanya.

Iklan

Kekalahan kepada Benfica itu menyaksikan Barcelona kini berada di kedudukan terbawah Kumpulan E dan kekalahan berturut-turut pertama dalam kumpulan sejak tahun 2000.

Malah, Koeman sebelum ini juga dikritik selepas permulaan hambar dalam saingan La Liga selain hubungannya dengan Presiden Barcelona, Joan Laporta dikatakan tidak begitu baik.

Iklan

Kelab gergasi Sepanyol itu akan menentang Atletico Madrid pada Sabtu dalam saingan La Liga dan dijangkakan satu mesyuarat pengurusan akan diadakan pada Jumaat untuk membincangkan mengenai nasib Koeman.

Dalam pada itu, pemain tengah Barcelona, Sergio Busquets mengakui situasi dalam pasukan Barcelona adalah sangat kritikal dan perkara paling mudah dibuat adalah untuk memecat Koeman.

"Perkara paling mudah adalah untuk memecat Koeman, tetapi kami semua mempunyai tanggungjawab. Kami hanya mempunyai dua perlawanan (dalam saingan Liga Juara-Juara).

"Kami perlu fikirkan untuk menambah baik pasukan dan layak ke peringkat seterusnya," katanya.