Dion Cools terlepas aksi persahabatan Harimau Malaya

Iklan
Dion Cools terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan.

PEMAIN pertahanan kelab Denmark, FC Midtjylland Dion Johan Cools terlepas dua aksi persahabatan Tier 1 bertemu Jordan pada 6 Oktober dan Uzbekistan pada 9 Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas pemain berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan.

Iklan
Iklan

Selain Cools, pemain pertahanan Selangor FC, Syahmi Safari juga terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan Piala Malaysia bersama pasukan kelabnya.

"Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah memanggil dua pemain pertahanan iaitu Muhammad Ariff Farhan Md Isa dari Kedah Darul Aman FC dan Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni dari Terengganu FC untuk melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya, petang esok.

Iklan

"Ia bagi melengkapkan senarai 24 pemain Harimau Malaya yang dipanggil untuk menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan dan Uzbekistan yang akan berlangsung di Amman, Jordan," kata kenyataan itu.

Dion Cools yang juga pemain kacukan negara sebelum ini membuat penampilan pertama buat skuad negara dalam kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun lalu.

Iklan

Skuad Harimau Malaya kini dalam persiapan untuk menghadapi Piala AFF yang bakal berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari depan.

Sementara Kelayakan Piala Asia pula dijangka pada Februari tahun depan dengan misi untuk layak ke pusingan akhir di China pada 2023 nanti.