Sultan Johor titah JPS, PBT kaji kawasan kerap banjir kilat

Iklan
SULTAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) segera menjalankan kajian di semua kawasan yang kerap berlaku banjir kilat di negeri ini.

Menerusi muat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis, baginda mahu kedua-dua pihak berkenaan segera mempersembahkan laporan kajian tersebut.

Iklan
Iklan

Baginda bertitah, gangguan terhadap sistem saliran di longkang atau parit antara punca utama berlakunya banjir kilat ketika musim hujan.

"JPS Johor dan PBT dengan segera jalankan kajian dan segerakan laporan kepada saya, agar dapat dikenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini.

Iklan

"Taburan hujan yang tinggi akan menyebabkan berlaku banjir kilat seterusnya mengakibatkan kemusnahan harta benda serta memberi kesan kepada penduduk,” titah baginda.

Sultan Ibrahim turut menasihatkan penduduk khususnya mereka yang menetap di kawasan berisiko supaya mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan faktor cuaca tidak menentu pada masa sekarang.

Iklan

"Purata hujan yang tinggi berisiko menyebabkan berlakunya banjir kilat atau banjir di sesuatu kawasan. Oleh demikian penduduk perlu sentiasa berhati-hati.

"Pada masa sama, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, PBT dan agensi keselamatan perlu sentiasa bersedia untuk melaksanakan persediaan awal jika berlaku banjir,” titah baginda.