Rhu Tapai bakal dikenali pekan lada hitam

Iklan
Tanaman lada hitam. - Foto 123rf (Gambar kecil, Azman)

KUALA TERENGGANU – Rhu Tapai, Setiu bakal dikenali sebagai pekan lada hitam apabila sebuah syarikat dari Amerika Syarikat, McCormick melabur RM320 juta bagi mengusahakan tanaman lada hitam secara komersial di kawasan tersebut.

Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah meluluskan tanah seluas hampir 600 hektar kepada syarikat ini untuk melaksanakan projek tanaman lada hitam.

Iklan
Iklan

"Prosesnya sudah pun bermula dan kini pada peringkat ukur dan penentuan sempadan tanah. Selain tanaman lada hitam berskala besar, syarikat ini juga akan membina sebuah kilang pemprosesan dan perusahaan ini mampu memberi 2,000 peluang pekerjaan kepada rakyat setempat,” katanya pada Khamis.

Menurut Azman, projek di Rhu Tapai merupakan penanaman lada hitam secara komersial pertama di tanah beris dalam negara.

Iklan

Jelas beliau, pelaksanaan projek tersebut dibuat selepas McCormick berjaya membuktikan lada hitam boleh ditanam di tanah beris (tanah yang bercampur dengan tanah liat dan pasir) melibatkan percubaan tanaman seluas 20 hektar melalui kaedah ‘Proof Of Concept (POC)’.

"Projek ini juga akan melibatkan penyertaan komuniti setempat, bukan setakat kita hendak meraikan pelabur.

Iklan

"Dalam masa yang sama 'teknologi transfer' iaitu ilmu yang dibawa mereka boleh dipelajari rakyat agar impak dari segi sosioekonomi kepada masyarakat setempat boleh dioptimumkan dengan sebaiknya," katanya.