Ledakan Cabrera selamatkan JDT

Iklan
Cabrera dicabar pemain PJ City FC pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. -Foto Johor Southern Tigers

JARINGAN tunggal Gonzalo Cabrera memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kemenangan 1-0 ke atas Petaling Jaya City FC (PJ City FC) dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Gol itu hadir seawal minit keempat selepas bola rembatan Cabrera dari jarak 25 meter menerjah penjuru kanan gawang menewaskan penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Iklan
Iklan

Selepas jaringan awal tersebut, Harimau Selatan tampak sukar merobek gawang PJ City FC biarpun memiliki beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan.

Pada perlawanan itu, pengendali JDT, Benjamin Mora melakukan sedikit rombakan dengan mempertaruhkan Ahmad Hazwan Bakri menerajui jentera serangan bagi menggantikan Bergson Da Silva.

Iklan

Malah, Mora turut menyenaraikan pemain import muda dari Indonesia, Syahrian Abimanyu buat pertama kali dalam kesebelasan utama Harimau Selatan.

Dengan kemenangan ke atas PJ CIty FC, JDT kekal sebagai pendahulu Kumpulan D dengan mengutip enam mata selepas mengharungi dua perlawanan.

Iklan

Dalam aksi pembukaan Isnin lalu, JDT meraih tiga mata berharga selepas membenam Kelantan FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim.