Lima gol di London padam parut luka Tottenham

Iklan
Kane peledak hatrik untuk Tottenham Hotspur semasa melayan kunjungan NS Mura di Stadium Tottenham Hotspur. - Foto Europa Conference League

TOTTENHAM Hotspur mengakhiri badi tiga kekalahan perlawanan terakhir apabila membelasah kelab Slovenia, NS Mura 5-1 dalam aksi Liga Konferensi Europa di Stadium Tottenham Hotspur pada Jumaat.

Penyerang Tottenham, Harry Kane kembali menemui sentuhannya dengan hatrik pada minit ke-68', 77' dan 88 sekaligus mengurangkan tekanan pengendali The Spurs, Nuno Espirito Santo yang dikritik selepas kekalahan kepada Arsenal dalam derbi utara London di Stadium Emirates sebelum ini.

Iklan
Iklan

Dalam aksi kumpulan G tersebut, anak buah Nuno Espirito Santo terlebih dulu di depan hasil jaringan Dele Alli yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit keempat menewaskan penjaga gol, Matko Obradovic selepas Dane Scarlett dikasari pemain lawan.

Tuan rumah melebarkan lagi jaringan kali ini menerusi Giovani Lo Celso

Iklan

pada minit kelapan untuk The Spurs mendahului separuh masa pertama ke atas kelab tangga kelima liga Slovenia tersebut.

Babak kedua pelawat yang cuba bangkit menyaingi tuan rumah berjaya mengurangkan defisit gol hasil voli menarik Ziga Kous pada minit ke-52 sebelum Kane yang dimasukkan pada minit ke-59 meledak hatrik dalam tempoh 19 minit.

Iklan

Tiga mata itu menyaksikan Tottenham kini berada di kedudukan teratas kumpulan dengan empat mata selepas mengharungi dua perlawanan sekadar melakar keputusan seri 2-2 ketika menentang Rennes di Stade de la Route de Lorient.

Untuk rekod, kali terakhir Tottenham meraih kejuaraan utama adalah pada 2008 manakala NS Mura ditubuhkan pada 2012.

Pada saingan Liga Perdana Inggeris minggu ini, Tottenham akan melayan kunjungan Aston Villa di Stadium Tottenham Hotspur yang sebelum ini mencipta keputusan sensasi ke atas Manchester United di Old Trafford.