50 tahun: Perkeso kekal unggul

Iklan
M Saravanan (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima.

SHAH ALAM - Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak lebih setahun lalu telah membuka mata orang ramai mengenai pentingnya tanggungjawab yang digalas Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, dalam usaha membantu rakyat mendepani ujian pandemik, kerajaan telah merangka beberapa pakej rangsangan ekonomi dan Perkeso adalah antara beberapa agensi utama yang diberi mandat besar untuk melaksanakannya.

Iklan
Iklan
SARAVANAN

"Perkeso sebagai salah satu agensi utama di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat mendepani pandemik ini dengan cemerlang, sama ada melalui pelbagai insentif kerajaan mahupun program sedia ada.

"Saya yakin melalui pelbagai usaha kerajaan termasuk yang dilaksanakan oleh Perkeso dan kadar vaksinasi yang tinggi akan merancakkan kembali ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis sempena sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Perkeso hari ini bertemakan ‘Prihatin Lima Dekad dan Selamanya’.

Iklan

Seiring dengan masa, Perkeso telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan kini liputan perlindungannya semakin meluas sehingga merangkumi pekerja dalam sektor tidak formal atau bekerja sendiri serta pekerja asing bagi menambah baik jaringan keselamatan sosialnya.

Sehubungan itu, Saravanan berharap tenaga kerja negara akan terus bangkit dan kembali membina kerjaya, kehidupan serta masa depan mereka selepas melalui kesukaran akibat Covid-19.

Iklan

Perkeso kini mempunyai lebih tujuh juta individu dan 400,000 majikan yang mencarum di seluruh negara.

Menurut Pengerusi Lembaga Perkeso, Profesor Tan Sri Mohamed Haniffa Abdullah, jumlah besar itu melambangkan harapan dan keyakinan orang ramai terhadap perlindungan sosial Perkeso, selain komitmen dan kesungguhan pihaknya memperluaskan liputan perlindungan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Mohamed Haniffa

Oleh itu, katanya, Perkeso kini turut meluaskan peranannya agar dapat melindungi pekerja dalam sektor tidak formal dan ekonomi gig yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, Perkeso telah berevolusi dan melangkah jauh sejak ditubuhkan sehingga ke hari ini.

Mohammed Azman Aziz

Beliau turut menyifatkan sistem keselamatan sosial di Malaysia secara keseluruhannya adalah komprehensif dan responsif.

"Ia dapat dilihat daripada dasar-dasar dan inisiatif yang telah diperkenalkan semasa pandemik,” katanya.