Dron Israel ditembak jatuh Hizbollah

Iklan
Gambar fail menunjukkan sebuah dron milik tentera Israel. - Foto AP

BEIRUT - Kumpulan Hezbollah menembak jatuh sebuah dron Israel di selatan Lubnan pada Khamis.

Stesen televisyen Al-Manar menyatakan anggota-anggota kumpulan itu berbuat demikian ke atas dron milik tentera rejin Zionis.

Iklan
Iklan

Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee turut mengesahkan dalam akaun Twitternya bahawa salah sebuah dron milik pasukan pertahanan negara haram itu jatuh di dalam wilayah Lubnan.

Katanya, ia jatuh semasa melakukan operasi harian.

Iklan

Lubnan dan Israel secara teknikalnya terlibat dalam satu peperangan.

Pada 12 Ogos lalu, tentera Israel menyatakan ia menembak jatuh sebuah dron milik Hezbollah yang terbang di ruang udara negara haram itu.

Iklan

Ia dilakukan hampir seminggu selepas kumpulan itu melancarkan sejumlah serangan roket ke arah Israel menyebabkan negara haram itu melakukan bedilan balas.

Hezbollah melancarkan serangan roket itu sebagai tindak balas terhadap serangan udara yang dilakukan Israel di selatan Lubnan.

Serangan udara itu dilancarkan rejim Zionis ekoran beberapa roket misteri dipercayai dilancarkan oleh kumpulan pejuang Palestin dari Lubnan ke arah Israel. - Agensi