Sabah FC terpaksa lupakan khidmat Saddil Ramdani

Iklan
Saddil (kiri) terpaksa berehat sekurang-kurangnya tiga bulan selepas mengalami kecederaan pangkal paha yang serius. - Foto Sabah Football Club

SABAH FC terpaksa melupakan khidmat pemain import dari Indonesia Saddil Ramdani dalam saingan Piala Malaysia musim ini selepas beliau mengalami kecederaan pangkal paha yang serius.

Pengurus Sabah FC, Marzuki Nasir berkata, perkara itu disahkan pakar bedah ortopedik Hospital KPJ Damansara, Dr Gan Eng Cheng.

Iklan
Iklan

Marzuki berkata Saddil, pemain sayap skuad kebangsaan Indonesia berusia 22 tahun itu perlu mendapatkan rawatan susulan dan terpaksa berehat sekurang-kurangnya tiga bulan atas nasihat doktor jika ingin pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

"Kecederaan ini dialaminya sejak lima perlawanan terakhir saingan Liga Super. Pihak pengurusan amat mengharapkan agar Saddil dapat segera pulih 100 peratus untuk menghadapi saingan Liga Super 2022," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Marzuki berkata, walaupun ketiadaan Saddil menjejaskan sedikit perancangan Sabah FC dalam kempen Piala Malaysia, namun apa yang penting Saddil dapat pulih seratus peratus bagi menghadapi kempen Liga Malaysia musim depan.

Saddil telah menjaringkan tiga gol, melakukan empat bantuan gol dan bermain dalam 18 perlawanan melalui penampilan musim pertama Liga Super bersama skuad 'The Rhinos' tahun ini. - Bernama

Iklan