Waspada taktik penipuan guna WhatsApp, menyamar majikan

Iklan
JSJK Bukit Aman mengesan modus operandi baharu penipuan yang menggunakan aplikasi WhatsApp untuk memperdaya mangsa melalui kaedah penyamaran sebagai majikan. (Gambar kecil: Mohd Kamarudin)

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan modus operandi baharu penipuan yang menggunakan aplikasi WhatsApp untuk memperdaya mangsa melalui kaedah penyamaran sebagai majikan.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, berdasarkan siasatan, suspek akan menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai majikan.

Iklan
Iklan

"Gambar profil yang digunakan oleh suspek adalah mirip atau sama dengan gambar majikan kepada mangsa.

"Mangsa yang percaya kemudiannya akan diarahkan untuk membuat pembelian kad 'Google Play Gift' yang boleh dibeli di kedai serbaneka dan menyerahkan maklumat nombor pin kad tersebut kepada suspek," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Mohd Kamarudin berkata, mangsa hanya menyedari telah ditipu selepas mendapati nombor telefon yang digunakan adalah berbeza dengan nombor sebenar milik majikannya.

"Setakat ini sebanyak dua kes penipuan sebegini telah dikesan melibatkan kerugian RM30,250," katanya.

Iklan

Beliau berkata, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berhati-hati apabila menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp atau panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

"Orang ramai diinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan gambar profil semata-mata sebaliknya perlu membuat semakan dan pengesahan terutamanya terhadap mesej yang melibatkan implikasi kewangan.

"Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, orang ramai boleh mendapat khidmat nasihat dari CCID Response Center di talian 03-2610 1559/1599," katanya.