Seorang maut, empat cedera akibat kemalangan

Iklan
Keadaan Perodua Myvi selepas pelanggaran.

SIK- Seorang wanita memandu Perodua Myvi maut manakala dua anaknya cedera selepas kenderaan mereka bertembung lori di Km 3 Jalan Raya Felda Teloi Timur Merbau Kudung, hari ini.

Dalam kemalangan jam 12.40 tengah hari itu, pemandu kereta Perodua Myvi, Mariani Razak,35, beralamat Felda Teloi Timur maut akibat kecederaan dalaman.

Iklan
Iklan

Anak mangsa, Nur Zariff Syafiyya Mohd Zaiful Shahrin mengalami kecederaan dalaman dan kaki, adiknya Nu Zariff Syauqina Mohd Zaiful Shahrin,4, pula cedera dalaman dan patah tulang kaki.

Pemandu lori dikenali Muhid Kassim,45, beralamat Kampung Tupai dilaporkan luka di bahagian kaki, tangan dan badan serta mengalami sakit.

Iklan

Penumpang lori, Ismail Hassan,68 dari Kampung Charok Pelanduk mengalami kecederaan dalaman selain luka di beberapa anggota badan termasuk di kepala.

Ketua Polis daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kedua kenderaan itu berlanggar di bahagian depan selepas melalui kawasan berbukit.

Iklan

Menurutnya, ia dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki tiga beranak dari arah pekan Batu Lima terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori.

"Akibat daripada kemalangan itu, pemandu Myvi telah cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah disahkan oleh paramedik,"katanya.

Beliau berkata, pemandu dan kelindan lori dan dua anak mangsa dikejarkan ke Hospital Sik untuk menerima rawatan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sik untuk bedah siasat,"katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ )1987.