Lelaki maut motosikal langgar tayar lori

Iklan
Seorang lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Kampung Batu-Inas, Rembau pada Jumaat. Foto Ihsan pembaca

REMBAU - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar tayar belakang sebuah lori di Kilometer 3, Jalan Kampung Batu-Inas di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Nazri Kamarolzaman, 39, parah di bahagian kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kejadian melibatkan dua buah motosikal jenis Yamaha dan sebuah lori jenis Hicom.

"Berdasarkan siasatan awal, dua motosikal berkenaan dari arah Inas, Kuala Pilah menuju ke Rembau.

Iklan

"Sejurus tiba di lokasi, motosikal mangsa hilang kawalan lalu melanggar tayar belakang sebelah kanan lori dan terbabas di laluan bertentangan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, seorang lagi penunggang motosikal berusia 33 tahun dari arah sama turut terbabas dan patah tangan kanan.

Iklan

Ujarnya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa yang patah tangan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk rawatan lanjut dan mangsa yang maut dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.