81.2 peratus populasi dewasa di Johor sudah divaksin

Iklan
Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU - Johor kini berada pada momentum terbaik mencapai sasaran 100 peratus penduduk dewasa lengkap divaksin pada bulan ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, sehingga kini sebanyak 81.2 peratus populasi dewasa di negeri ini telah divaksin.

Iklan
Iklan

"Perkembangan ini adalah seperti yang dijangkakan sebelum ini.

"Kadar vaksinasi kita pada waktu ini adalah hasil kecekapan 'frontliners' dan sinergi antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, agensi terlibat seperti Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan semua yang bekerja untuk kebaikan negeri Johor.

Iklan
Iklan

"Inilah cara Johor," katanya dalam ciapan di Twitter pada Jumaat.