Pemfitnah Mujahid akan dilapor polis

Iklan

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof akan memfailkan laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Esmee Mat Isa.

Tindakan itu dibuat susulan fitnah yang dibuat individu tersebut telah memberikan persepsi buruk terhadap Ahli Parlimen Parit Buntar tersebut

Iklan
Iklan

"Fitnah jahat untuk memberi persepsi buruk terhadap diri saya. Walaupun secara jelas video yang dimuatnaik adalah ucapan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam majlis sumbangan peruntukan kerajaan sebanyak RM 5 juta kepada Nasyrul Quran, namun Esmee Mat Isa ini secara sengaja menulis kononnya Lim Guan Eng merasmikan kompleks ini.

"Saya akan failkan laporan polis dan mengheret beliau ke muka pengadilan,"tulis Mujahid di Facebooknya.

Iklan

Dalam posting Facebook yang dimuat naik Esmee menulis,kononnya Mujahid meminta Guan Eng merasmikan pusat percetakan al-Quran.

"Apa nak jadi kafir harbi merasmikan pusat al-Quran. Betapa teruknya liberalitarian Menteri Agama Islam," katanya.

Iklan