Pelayaran ihsan Maritim bawa pesakit strok

Iklan
Anggota Maritim sedang menyelamatkan seorang wanita warga UK yang diserang strok ketika berada dalam kapal mewah.

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Terengganu melakukan pelayaran ihsan membawa seorang wanita warga United Kingdom yang diserang strok semasa berada di atas kapal persiaran mewah Celebrity Millenium petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang, kira-kira jam 2.45 petang memaklumkan ada seorang penumpang kapal mewah yang ketika itu berada di kedudukan 56 batu nautika dari muara Kuala Terengganu diserang strok, sebelum Bot Pengawal 16 segera digerakkan bagi memberi bantuan.

Iklan
Iklan

"Bot Pengawal 16 tiba di jeti Maritim Malaysia Terengganu kira-kira jam 6 petang dan seterusnya pesakit, Yat Tai, 66, yang diiringi suami dan jururawat kapal dibawa menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

"Kapal mewah itu dalam pelayaran dari Singapura menuju ke Incheon, Korea Selatan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Iklan
Iklan

Menurut Muhammad Suffi, Maritim Malaysia sentiasa bersiap sedia memberi perkhidmatan dan bantuan kecemasan kepada masyarakat serta agensi-agensi kerajaan apabila berdepan kecemasan atau bencana.