Angka korban Covid-19 di AS melepasi 700,000

Iklan
Penyelidik di Universiti Washington meramalkan 100,000 lagi nyawa rakyat Amerika akan menjadi korban pada musim sejuk akan datang.

WASHINGTON - Angka korban Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi 700,000, menurut data Universiti Johns Hopkins.

Penyelidik di Universiti Washington meramalkan 100,000 lagi nyawa rakyat Amerika akan menjadi korban pada musim sejuk akan datang.

Sehingga 01:00 GMT pada Sabtu, data menunjukkan 700,258 orang Amerika maut dan lebih 43.61 juta telah dijangkiti, lapor Sputnik.

Iklan
Iklan

Wabak flu (selesema) Sepanyol dari tahun 1918 hingga 1919 telah mengorbankan kira-kira 675,000 orang di AS, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Penyelidik di Universiti Washington meramalkan 100,000 lagi nyawa rakyat Amerika akan menjadi korban pada musim sejuk akan datang. - Bernama

Iklan
Iklan