14 cedera Taufan Mindulle badai Jepun

Iklan
Taufan kini bergerak di sepanjang pantai timur laut negara ini. - Foto Japantimes

TOKYO - Sekurang-kurangnya 14 orang cedera akibat Taufan Mindulle yang membadai Jepun, menurut laporan media pada Sabtu.

Seramai 10 orang cedera di wilayah Kanagawa dan empat lagi di wilayah Ibaraki, lapor Sputnik memetik penyiar NHK.

Iklan
Iklan

Mindulle turut menyebabkan beberapa rumah rosak dan dinaiki air berikutan banjir.

Taufan kini bergerak di sepanjang pantai timur laut negara ini. Tekanan udara adalah 970 hectopascals, dan kelajuan angin 35 meter per saat dengan tiupan angin hingga 50 meter per saat. - Bernama

Iklan
Iklan