SHAH ALAM – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker mencadangkan kerajaan mempertimbangkan supaya melantik seorang bekas atlet Olimpik sebagai senator di Dewan Negara.
Katanya, ia bagi membolehkan suara atlet didengari bagi meningkatkan mutu pencapaian dan prestasi sukan negara.
Iklan
Iklan
"Saya mencadangkan kerajaan memberi pertimbangan melantik seorang daripada bekas atlet Olimpik sebagai senator di Dewan Negara untuk membolehkan suara mereka ini didengari demi meningkatkan lagi mutu pencapaian dan prestasi sukan negara,” katanya menerusi tulisan di Facebook miliknya pada Sabtu.
Beliau turut memuat naik gambar kunjungan hormat Persatuan Olympian Malaysia (MOA) yang diketuai oleh Penaungnya, Datuk Dr Hishamudin Zaizi bersama Presiden, Noraseela Mohd Khalid; Setiausaha, Che Chew Chan dan Naib Presiden, Anastasia Karen Raj.
Tambah Lian Ker, negara ini mempunyai 353 'Olympian' dengan 49 daripada mereka masih aktif.