Wang RM23,000 baru dikeluarkan dari bank habis terbakar

Iklan
Seenivasagam di hadapan premis miliknya yang musnah akibat kebakaran tersebut.

BENTONG - Seorang peniaga kedai runcit sedih kerana wang yang baru dikeluarkan dari bank sebanyak RM23,000 miliknya musnah dalam kebakaran di Jalan Karak-Mentakab dekat Kampung Baru Karak di sini, pada malam Jumaat.

Iklan
Iklan

P Seenivasagam,71, berkata, wang tersebut baharu dikeluarkannya dari bank pada Isnin lalu untuk kegunaaan peribadi.

"Saya simpan wang tersebut dalam sebuah patung. Saya tidak sempat menyelamatkan wang saya kerana api yang marak. Pihak bomba tidak benarkan saya masuk ke premis berkenaan kerana risiko keselamatan

Iklan

"Memang rasa sedih tetapi saya akur dengan takdir. Kejadian seperti ini kali pertama berlaku sepanjang tujuh tahun saya berniaga di sini" katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Tambah Seenivasagam, ketika kejadian dia pulang ke rumahnya di Felda Mempaga sebelum mendapat panggilan telefon dari rakannya kira-kira jam 9.30 malam yang memberitahu mengenai kebakaran tersebut.

Iklan

"Api sedang marak ketika saya sampai di depan kedai. Dianggarkan saya kerugian kira-kira RM300,000 termasuk wang tunai yang musnah tersebut," katanya.

Anggota bomba memadamkan kesan-kesan kebakaran di Kampung Baru Karak. (Gmbar kecil, Yuet Thai)

Sementara itu, Ketua Kampung, Chen Yuet Thai,56 berkata, dia berasa lega kerana kebakaran itu tidak melibatkan sebarang nyawa atau kecederaan.

"Buat masa ini semua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Karak," katanya.

Sementara itu seorang peniaga makanan, Wa Soon Kit,60, tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya juga musnah dalam kebakaran tersebut.

"Saya sedang menonton televisyen sebelum terdengar orang menjerit mengatakan api," katanya.

Deretan premis kedai yang musnah dalam kebakaran pada Jumaat.

Dia keluar rumah dengan niat mahu membantu jiran-jiran yang lain tanpa menyedari akhirnya kediamannya juga musnah terbakar.

"Saya dan isteri keluar tanpa sempat menyelamatkan sebarang dokumen. Walaupun sedih kerana gagal menyelamatkan barang dan dokumen penting, namun saya bersyukur kerana jiran-jiran saya selamat selain kejadian ini tidak melibatkan sebarang nyawa atau kecederaan.

"Semua barang saya musnah dalam kebakaran kecuali kereta yang diletakkan jauh sikit dari rumah," kata bapa kepada tiga anak itu.