Pemain industri pelancongan disaran lengkapkan vaksin

Iklan
Md Anizam (tengah) melepaskan burung merpati sebagai simbolik perasmian Kempen Semarak Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan di Zoo Kuala Krai pada Sabtu.

KUALA KRAI - Pemain industri pelancongan di negeri ini perlu menerima dan melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 bagi membolehkan kegiatan itu kembali diaktifkan sepenuhnya di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Exco Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Kelantan, Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, pengambilan vaksin itu amat penting dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat termasuklah ahli keluarga.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, kita masih belum menerima sebarang maklumat berkait dengan pemain-pemain industri pelancongan di Kelantan yang menolak untuk disuntik vaksin.

"Saya difahamkan sekitar 60 hingga 70 peratus pemain industri ini telah melengkapan suntikan tersebut," katanya kepada pemberita semasa melancarkan Kempen Semarak Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan di Zoo Kuala Krai, di sini pada Sabtu.

Iklan

Menurutya, kerajaan negeri akan terus mempergiatkan kempen jika ada dalam kalangan pemain industri itu masih ragu-ragu untuk menerima suntikan tersebut.

Katanya, vaksin merupakan salah satu ikhtiar terbaik mengurangkan risiko sekali gus memberikan keyakinan kepada orang ramai untuk mengunjungi pusat-pusat pelancongan di negeri ini.

Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemahang, Tanah Merah itu berkata, sejak Kelantan melangkah masuk ke PPN fasa dua dan kerajaan membenarkan pusat pelancongan kembali beroperasi, tempahan hotel, inap desa, chalet dan sebagainya kembali penuh.

Beliau berkata, jumlah kedatangan pengunjung ke kawasan pantai dan air terjun turut menunjukkan peningkatan sekali gus membolehkan industri pelancongan di negeri ini kembali 'bernafas'.

"Kerajaan negeri sedang membuat persediaan untuk menerima pelancong dari luar Kelantan apabila aktiviti rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan nanti.

"Jika kebenaran itu diberikan, kita akan bermula dengan Train to Dabong dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Md Anizam berkata, pihaknya menyasarkan untuk menerima kedatangan pelancong antara 1 hingga 2 juta apabila sektor itu dibuka sepenuhnya nanti.