Nasib bantu kemenangan Negeri Sembilan di Kota Bharu

Iklan
Antara aksi menarik perlawanan Kelantan United menentang Negeri Sembilan di Kota Bharu. -Foto: Kelantan United Football Club

PENGENDALI Negeri Sembilan FC, K Devan mengakui faktor nasib turut memainkan peranan dalam kemenangan 1-0 ke atas Kelantan United FC dalam aksi Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu pada Jumaat.

Menurut Devan, jaringan kemenangan Negeri Sembilan FC yang terbias pemain lawan memberikan tiga mata berharga kepada juara Liga Premier itu dalam menghidupkan kembali cabaran kelab tersebut dalam saingan kejuaraan berprestij negara berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sebelum itu kita ada peluang untuk jaringkan gol, tetapi hantaran akhir daripada pemain ke jentera serangan tak berapa kemas. Kalau nak kata jaringan kita itu faktor nasib itu betul juga sebab bola itu pun tidaklah laju menerjah gawang lawan.

"Tetapi, bagi saya apa yang penting adalah kita dapat jaringkan gol dan dapat tiga mata berharga,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Iklan

Dalam perlawanan itu, Negeri Sembilan mendapat gol kemenangan menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan Kelantan United selepas bola percubaan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir terkena Evan Wensley.

Dalam pada itu, Devan turut memuji komitmen para pemainnya terutama untuk bangkit daripada persembahan kurang bermaya pada separuh masa pertama.

Iklan

"Daripada segi prestasi dan permainan pada babak pertama saya dapati kita bertahan dengan baik tetapi semasa menyerang kita sentiasa hilang bola.

"Kita bermain di tempat lawan dalam keadaan padang yang basah selepas hujan, saya nampak pemain-pemain sedikit keletihan dalam keadaan padang yang berat.

"Bermula babak kedua, pasukan menunjukkan satu permainan yang lebih bertenaga dan dapat menyerang dan mengawal perlawanan. Saya berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan pemain,” katanya.