Bukan perlawanan persahabatan biasa-biasa

Iklan
Pemain-pemain Harimau Malaya giat menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang Jumaat sebelum berlepas ke Jordan pada awal pagi Sabtu. - Foto Football Association of Malaysia

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengharapkan aksi terbaik dapat dipamerkan para pemainnya dalam dua aksi persahabatan Kelas A menentang Jordan dan Uzbekistan di Amman, Jordan.

Menurut Cheng Hoe, walaupun dibarisi gandingan pemain baharu dan lama, namun beliau optimis kemampuan pemain untuk cuba mencapai hasil yang positif berdepan dua pasukan dari negara yang berada di ranking yang jauh lebih baik daripada Harimau Malaya.

Iklan
Iklan

Malah, beliau menegaskan dua perlawanan persahabatan tersebut akan menjadi medan untuknya merangka persiapan untuk untuk ke Piala Suzuki AFF dan Kelayakan Piala Asia.

"Pemain-pemain yang dipilih ini walaupun gabungan pemain lama dan pemain baharu, namun saya mengharapkan mereka dapat memberikan aksi terbaik apatah lagi ini persediaan untuk menghadapi Piala Suzuki AFF dan Kelayakan Piala Asia.

Iklan

"Ini juga bukan perlawanan persahabatan biasa kerana saya mahu pemain mengambil pengalaman sebanyak mungkin kerana Jordan dan Uzbekistan adalah dua pasukan yang jauh lebih kuat daripada kita,” katanya.

Skuad Harimau Malaya telah berlepas ke Jordan pada awal pagi Sabtu untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Jordan pada 6 Oktober dan Uzbekistan tiga hari selepas itu.

Iklan

Dalam panggilan skuad kebangsaan kali ini juga, Cheng Hoe telah memanggil beberapa pemain baharu seperti penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi; dua pemain Penang FC, Quentin Cheng dan Al Hafiz Harun; pemain Selangor FC, Mukhairi Ajmal Mahadi serta pemain Terengganu FC, Hakimi Abdullah.

Ia langkah yang patut dipuji dalam usaha memastikan skuad Harimau Malaya tidak ketandusan pelapis baharu yang mampu menyarung jersi Harimau Malaya pada masa depan.

Dalam masa sama, Cheng Hoe juga mengakui dua perlawanan persahabatan tersebut untuk menguji pemain baharu negara dan tidak menolak kemungkinan untuk menyenaraikan mereka untuk aksi Piala Suzuki AFF sekiranya mampu tampil memukau.

"Saya harapkan agar mereka (pemain baharu) dapat menyesuaikan diri dan dalam masa yang sama dapat keyakinan bermain dengan pasukan Jordan dan Uzbekistan.

"Saya juga mahu menguji pemain baharu yang dipanggil agar mereka boleh bersedia apabila skuad negara memanggil mereka nanti untuk aksi kejohanan yang lebih besar. Saya rasa ini pentas paling terbaik untuk menguji mereka,” katanya.