"Saya mahu masyarakat di luar sana berpeluang menikmati pelbagai manfaat untuk tabungan pendidikan sekali gus menjadikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan isi rumah,” jelasnya.
Simpan SSPN yang terdiri daripada Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus menawarkan pelbagai keistimewaan.
Simpan SSPN Prime merupakan instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan dengan keistimewaan seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000, perlindungan takaful secara percuma, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan sehingga RM10,000 dan simpanan dijamin oleh kerajaan.
Simpan SSPN Plus pula menawarkan enam pakej menarik dan mampu dimiliki dengan pelbagai keistimewaan antaranya perlindungan manfaat takaful sehingga RM1.2 juta dan perlindungan sehingga umur pendeposit 69 tahun selain menawarkan pelbagai manfaat sedia ada.
Selain itu, terdapat Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 yang menawarkan hadiah utama Gold Bar bernilai RM150,000 dan hadiah lain bernilai hampir RM320,000.
PTPTN turut memperkenalkan Tabung Impian dengan tujuh karakter seperti angkasawan, bomba, jurutera, doktor, tentera, hakim dan juruterbang sebagai tarikan kepada bakal pendeposit dan pendeposit sedia ada.
Bersesuaian dengan tema BMS 2021, Tabung Impian bagi karakter angkasawan akan bermula Oktober ini dan selebihnya akan dipromosikan pada setiap bulan dengan jumlah simpanan yang ditetapkan.