NGO, swasta perlu main peranan galak gaya hidup sihat

Iklan
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta perlu memainkan peranan penting dalam sudut advokasi bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat ketika fasiliti kesihatan kerajaan kini menumpukan usaha memerangi Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, penganjuran acara seumpama Walkathon Amal KanWork 4, yang dijalankan secara maya ini adalah tepat pada waktunya untuk memupuk gaya hidup sihat walaupun berhadapan dengan cabaran normal baharu.

Iklan
Iklan

"Ini juga memberi gambaran bahawa aktiviti-aktiviti yang pernah dilakukan dalam keadaan normal sebelum pandemik melanda masih boleh dilaksanakan dengan pendekatan sedikit berbeza.

"Ini juga sebenarnya yang diharapkan oleh kerajaan apabila kita melangkah ke fasa endemik kelak iaitu kita dapat menerapkan kehidupan seharian dengan normal yang baharu,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Walkathon Amal KanWork 4 anjuran NGO yang juga kumpulan sokongan kanser Persatuan Kanser KanWork, secara dalam talian di platform Zoom pada Ahad.

Walkathon Amal KanWork 4 akan berlangsung selama sebulan sehingga 3 November depan, pendaftaran boleh dibuat di laman web KanWork (https://apps.kanwork.org) sehingga 12 Oktober ini.

Iklan

Khairy turut melancarkan dua buku hasil terbitan KanWork yang menjalankan aktiviti outreach atau aktiviti mendampingi komuniti itu pada majlis sama dengan judul Pemakanan Pesakit Kanser dan e-buku, Cerita Kami KanWork sebagai panduan dan inspirasi bagi masyarakat. - Bernama