Tuchel puas hati aksi The Blues

Iklan
Pemain Chelsea, Timo Werner (kiri), meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan. - Foto Twitter

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel berpuas hati dengan aksi dipamerkan pemain-pemain gantian The Blues hingga mampu melakar kemenangan 3-1 berdepan Southampton di Stamford Bridge pada Sabtu.

Menurut Tuchel, pemain-pemain seperti Ruben Loftus-Cheek, Ben Chilwell telah mempamerkan aksi yang cukup berkualiti pada perlawanan berkenaan manakala Callum Hudson-Odoi dan pemain pertahanan, Trevoh Chalobah turut mempamerkan aksi yang memberangsangkan.

Iklan
Iklan

"Kesemua mereka ini telah mempamerkan semangat yang positif dan kelihatan tidak merasai ‘tekanan’ ketika beraksi.

"Kita tewas dalam dua perlawanan terdahulu dan kita merasakan kita kehilangan ‘sesuatu’ dan kini kehadiran mereka telah menutup ‘kehilangan’ itu.

Iklan

"Sekali gus, membuktikan keputusan saya untuk merehatkan Kai Havertz dan Hakim Ziyech adalah tepat setelah mereka dilihat bergelut untuk kembali ke prestasi sebenar,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Chalobah membuka jaringan buat The Blues pada minit ke-9, namun James Ward-Prowse menyempurnakna sepakan penalti buat pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke-61 sebelum dilayangkan kad merah pada minit ke-77.

Iklan

Kesempatan itu dimanfaatkan sebaiknya oleh Chelsea untuk terus mengasak hebat ke gawang Southampton dan menyaksikna Timo Werner menjaringkan gol kedua pada minit ke-84 sebelum Ben Chillwell melengkapkan kemenangan tuan rumah dengan gol ketiga pada minit ke-89.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea kini gah di puncak EPL dengan 16 mata manakala Southampton berada pada kedudukan ke-17 dengan hanya meraih empat mata daripada tujuh perlawnaan setakat ini.

Sementara itu Tuchel berharap agar pemain-pemain utama Chelsea dapat segera kembali ke puncak prestasi masing-masing dalam masa terdekat.

Katanya, masih banyak perlawanan yang perlu diharungi The Blues dan ia memerlukan kesebelasan pemain yang ‘mencukup’ bagi memastikan kesebelasan terbaik dapat diturunkan kelak.

"Pada satu ketika, kita harus mengakui ada pemain yang tidak berada pada tahap terbaiknya; dan oleh itu kita perlukan pemain yang benar-benar cergas untuk beraksi.

"Tambahan pula di kelab seperti Chelsea, anda perlu kembali berada pada tahap terbaik setiap tiga hari dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama,” katanya.