Kandungan wanita koma dipukul suami berkembang sihat

Iklan
Keadaan Jahidah yang masih koma dan hanya terlantar selepas dipukul suami.

SEREMBAN - Seorang wanita yang dipercayai dipukul suami dalam kejadian di Johor pada Mei lalu masih koma namun kandungannya berada dalam keadaan sihat.

Menurut adiknya, Fauziah Nordin, 40, kakaknya, Jahidah Nordin,43, kini tinggal bersamanya di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

"Kandungan kakak sudah masuk tujuh bulan dan dijangka melahirkan anaknya pada awal Disember ini.

Kedua-duanya sihat namun keadaan kakak masih sama.

Iklan

Kakak tidak boleh bergerak serta tiada memberi respon jika disapa.

Dia dan bayinya hanya bergantung kepada susu khas yang dimasukkan melalui tiub.

Iklan

"Bagaimanapun perkembangan bayi dan degupan jantungnya memuaskan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, dia kini sedang berusaha mendapatkan gaji kakaknya yang masih tidak boleh diambil berikutan masalah permohonan membuat kad mesin pengeluaran wang (ATM) tertangguh.

"Kami perlukan duit tersebut untuk membeli keperluan barang bayi yang akan dilahirkan oleh kakak secara pembedahan nanti," katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkannya menerusi akaun CIMB Bank 7617797037 atas nama Fauziah.

Kisah wanita tersebut yang merupakan seorang penjawat awam di Johor Bahru, mendapat perhatian media selepas dia koma kerana mengalami kecederaan parah dipercayai akibat dipukul suaminya di rumah mereka pada 4 Mei lalu.

Suaminya sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.