Anak perempuan Duterte bakal bertanding jawatan Presiden Filipina

Iklan
Duterte, 76, pada Sabtu yang berkata akan berundur daripada politik menyebabkan banyak spekulasi timbul, antaranya mendakwa pengundurannya bagi membuka jalan untuk anaknya bertanding jawatan Presiden. - Foto fail Reuters

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada Sabtu mengumumkan bakal bersara daripada politik selepas tamat penggal pentadbirannya, sekali gus berundur daripada perancangan awalnya untuk bertanding sebagai Naib Presiden pada pilihan raya tahun depan.

Bagaimanapun, berita terbaharu yang berlegar pada Ahad pula menyaksikan, meskipun Duterte bersara namun anak perempuannya, Sara Duterte-Carpio pula disebut-sebut bakal bertanding jawatan Presiden Filipina tahun hadapan.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Reuters, Sara Duterte-Carpio dilaporkan akan mencalonkan diri sebagai presiden pada pilihan raya tahun depan dan pembantu lama ayahnya, Senator Christopher Go mencalonkan diri sebagai naib presiden.

Sara Duterte-Carpio kini yang merupakan Datuk Bandar Davao, bandar ketiga terbesar di Filipina, baru sahaja dicalonkan sekali lagi untuk jawatan tersebut pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, Sara Duterte-Carpio pernah dilaporkan berkata, tidak akan mencalonkan dirinya untuk jawatan di peringkat nasional namun berdasarkan perkembangan terbaharu ini, mungkin sebaliknya akan berlaku.

Berdasarkan wawancara ABS-CBN bersama Duterte baru-baru ini, Duterte ditanya:

Iklan

"Jadi jelas, Sara - Go? (Sara merujuk kepada Duterte-Carpio dan Go pula adalah pembantu Duterte sebelum ini, Christopher Bong Go)

"Ia Sara-Go,” jawab Duterte selepas ditanya soalan tersebut.

Dalam wawancara sama, Duterte ditanya bilakah anak perempuannya akan mengemukakan pencalonan sebagai presiden, beliau berkata:"Saya benar-benar tidak tahu. Saya sama sekali tidak mempunyai idea.”

Ditanya adakah beliau telah memberi izin kepada anaknya untuk mencalonkan diri sebagai presiden, dia berkata:"Ah, tidak, sebenarnya kami tidak membicarakan soal politik, sejak dulu tidak pernah membicarakan soal politik.”

Duterte, 76, pada Sabtu yang berkata akan berundur daripada politik menyebabkan banyak spekulasi timbul, antaranya mendakwa pengundurannya bagi membuka jalan untuk anaknya bertanding jawatan Presiden.

Pemilihan Presiden Filipina pada tahun hadapan dijangka mendapat tumpuan selepas beberapa nama besar termasuk bintang tinju dunia, Manny Pacquiao.

Bahkan, bintang filem yang juga Datuk Bandar Manila, Isko Moreno, mengumumkan akan bertanding merebut jawatan tertinggi kerajaan itu dalam pilihan raya tahun depan. - Sumber Awani