Jepun: PM Fumio Kishida dijangka umum kabinet baharu pada Isnin

Iklan
Fumio Kishida. - Foto Japantimes

TOKYO - Pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) Jepun, Fumio Kishida bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Isnin dan dijangka mengumumkan barisan kabinet baharunya.

Kishida, 64, mempunyai peluang cerah dipilih menjadi Perdana Menteri di sidang luar biasa Parlimen pada Isnin, lapor Agensi Berita Xinhua pada Ahad.

Iklan
Iklan

Pemimpin baharu itu juga merancang membubarkan Parlimen pada 14 Oktober dan pilihan raya umum kemungkinan diadakan pada 7 November, demikian menurut media tempatan.

Kishida berjanji untuk meningkatkan pendapatan kelas menengah dan mengurangkan perbezaan kekayaan selain cuba keluar daripada"dasar neoliberal" yang telah diamalkan kerajaan Jepun selama dua dekad.

Iklan

Selain itu, katanya, pakej ekonomi bernilai"puluhan trilion yen" akan disediakan untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas akibat Covid-19.

Sebelum ini, Yoshihide Suga yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri tahun lalu mengumumkan tidak bertanding pada pemilihan baharu bulan lalu, susulan rakyat tidak berpuas hati terhadap langkah dilaksanakannya untuk membendung penularan Covid-19. - Bernama

Iklan