35 anggota padam sub stesen TNB terbakar

Iklan
Sub stesen TNB di Kuchai Lama terbakar pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Seramai 35 anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman sebuah sub stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kuchai Lama yang terbakar pada petang Ahad.

Bomba terlibat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh, Balai Bantuan BBP Sri Petaling, BBP Sungai Besi dan BBP Hang Tuah bersama empat jentera.

Iklan
Iklan

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.25 petang.

Menurut Komander Operasi, Mohd Zuhair Faisal Zulkifli, kebakaran melibatkan hampir 70 peratus sub stesen TNB yang mempunyai keluasan 929 meter persegi.

Iklan

"Tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

"Kebakaran tersebut menyebabkan berlaku gangguan bekalan elektrik sementara di kawasan itu dan kini telah pulih," kata kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, kebakaran berjaya dipadamkan namun pihak forensik masih berada di lokasi untuk menjalankan siasatan.