TOTTENHAM Hotspur mengakhiri badi kekalahan dalam tiga perlawanan berturut-turut apabila mengatasi Aston Villa 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur malam ini.
Dua jaringan daripada Pierre-Emile Hojberg minit ke-27 diikuti jaringan sendiri Matt Targett (71') memastikan kelab London tersebut kembali ke landasan kemenangan dengan mengumpul 12 mata setelah mengharungi tujuh perlawanan.