KUALA LUMPUR- Perihal berkaitan judi tanpa lesen dan dasar kewangan jangka panjang serta perancangan bagi perusahaan kecil dan sederhana (SME) antara yang bakal dikupas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Cha Kee Chin (PH-Rasah) akan bertanya Menteri Dalam Negeri mengenai langkah kerajaan untuk membanteras kegiatan judi nombor 4D tanpa lesen, kerana kewujudannya menjejaskan hasil kutipan cukai kerajaan.
Selain itu, Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) akan meminta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan dasar kewangan jangka panjang dan perancangan untuk membantu SME serta industri terkesan teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semasa pandemik Covid-19.