Sampai hati ayah...

Iklan
Baden meninggal dunia setelah dibiarkan sendirian di taman. - Metro.co.uk

QUENSLAND - AUSTRALIA . Seorang bapa mengaku membunuh bayi lelakinya berusia 22 bulan dengan membiarkan sendirian di sebuah taman sehingga mati dalam kejadian dipercayai berlaku lebih 10 tahun lalu.

Shane Arthur Simpson, 51, memberi alasan dia meninggalkan anaknya, Baden Bond kerana terlalu penat untuk menjaganya.

Iklan
Iklan

Dia meletakkan anaknya di taman untuk menarik perhatian orang ramai dengan harapan ada individu sudi menjaganya.

Polis mencurigai kehilangan Baden apabila tiada laporan polis berhubung kehilangan anak kecil itu.

Iklan

Menurut Metro.co.uk, pasangan itu pernah mengunci Baden di bilik tidur dengan tidak menukar lampin malah membiarkan anak kecil itu dalam keadaan dipenuhi najis bau busuk.

Bagaimanapun hasil siasatan lebih terperinci, polis berjaya membongkar kesalahan Simpson apabila membuat pengakuan bahawa Baden ditinggalkan sendirian di taman kerana sukar untuk menjaganya.

Iklan

Kata Simpson, Baden dibawa ke sebuah taman, namun sebelum meninggalkan bayi itu dia sempat mengucapkan selamat tinggal. - Metro.co.uk