AMMAN - Sebuah hospital Jordan berjaya melakukan pembedahan buat kali pertama bagi memisahkan bayi kembar berusia enam bulan dari Yemen, kata ketua doktor yang melakukan pembedahan itu pada Ahad.
Menurut Dr Fawzi al-Hammouri, ia merupakan satu kejayaan perubatan untuk negara beraja tersebut.
Operasi pembedahan selama lapan jam itu dilakukan pada Julai lalu dengan melibatkan 25 pakar bedah dan penasihat teknikal.
Namun, Hospital Pakar Amman menangguhkan sebarang pengumuman tentang pembedahan tersebut kerana bayi kembar itu dirawat di unit rawatan rapi, kata Fawzi.
Pihak hopsital mahu memastikan terlebih dahulu bahawa bayi tersebut benar-benar sihat sebelum pengumuman rasmi dibuat kepada orang ramai.
Kini, kesihatan Ahmed dan Mohammed berada dalam keadaan yang terbaik, katanya Fawzi kepada AFP.
Beliau berkata, peluang untuk kedua-dua bayi kembar itu untuk hidup adalah amat baik dan mereka akan menjadi kanak-kanak normal yang lain.
Pihak perubatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah membawa keluarga dan bayi itu ke Jordan pada Fabruari lalu.
Dilahirkan pada Disember 2020 di Sanaa, Yemen, kedua-dua bayi itu berada dalam keadaan kritikal.
Bayi itu masih berada di Jordan dan dijangka pulang ke Yemen dalam tempoh beberapa minggu lagi. - Agensi