Presiden Palestin terima kunjungan delegasi Israel

Iklan
Presiden Palestin, Mahmud Abbas (tengah) menerima kunjungan daripada delegasi Israel di Ramallah pada Ahad. - Foto WAFA

RAMALLAH - Pemimpin Palestin, Mahmud Abbas menenerima kunjungan delegasi dari Israel di Ramallah pada Ahad iaitu pertemuan kali kedua antara kedua-dua pihak dalam tempoh sebulan, kata sumber-sumber.

Mahmud menerima kunjungan Menteri Kesihatan Israel, Nitzan Horowitz, Menteri Kerjasama Wilayah, Issawi Freij dan timbalannya, Michal Rozin.

Iklan
Iklan

Kesemua mereka dari Parti Meretz yang berhaluan kiri dan merupakan sebahagian daripada kerajaan campuran negara haram itu.

Menurut agensi berita WAFA, Mahmud menyatakan adalah penting bagi Israel untuk menamatkan penjajahan Israel.

Iklan

Beliau juga menekankan supaya rejim Zionis menamatkan pengusiran keluarga Palestin dari kedaiman mereka di Baitulmaqdis Timur, tambah agensi berita Palestin tersebut.

Dalam pada itu, anggota-anggota parti Meretz mengulangi sokongan terhadap penyelesaian konflik kedua-dua pihak dengam menyokong penubuhan sebuah negara merdeka Palestin.

Iklan

Horowitz yang juga pemimpin parti Meretz sebelum ini dikritik oleh pihak berhaluan kanan di Israel kerana mengadakan pertemuan dengan Mahmud.

Pada Ogos lalu, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz engadakan pertemuan dengan Mahmud iaitu pertemuan peringkat tinggi yang pernah diadakan dalam tempoh beberapa tahun. - Agensi