Kilang makanan dikesan lepas sisa minyak ke Sungai Balak

Iklan
Kilang berasaskan makanan didapati melepaskan sisa minyak makanan melalui longkang dan seterusnya ke Sungai Balak, Kajang.

KAJANG - Sebuah kilang berasaskan makanan dikesan melepaskan sisa minyak ke Sungai Balak, di sini pada Ahad.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberitahu, kilang itu didapati pernah melakukan kesalahan sama sebelum ini.

Iklan
Iklan

Menurut JAS, siasatan lanjut mendapati premis itu melepaskan sisa minyak makanan dari tangki simpanan minyak marjerin yang bocor melalui longkang dan seterusnya ke sungai.

"Siasatan mendapati pihak premis gagal melaporkan kejadian kebocoran tangki minyak tersebut kepada pihak JAS dan gagal mengambil langkah-langkah kawalan menghalang pelepasan minyak ke persekitaran," katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook JAS pada Ahad.

Iklan

JAS memberitahu, sebanyak lima sampel efluen telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk dianalisis.

"Kilang terbabit dikenakan notis Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009," jelas kenyataan itu.