Bank Rakyat bantu golongan sasar

Iklan
Abd Rani (kiri) menyerahkan sumbangan berjumlah RM13,400 kepada Turedy di Kedah pada 18 September lalu.

SHAH ALAM - Bank Rakyat menerusi Program Jalinan Bank Rakyat terus membantu golongan sasar iaitu masyarakat yang memerlukan di seluruh negara sempena ulang tahunnya yang ke-67.

Iklan
Iklan

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar berkata, program berkenaan bertujuan memberi semula dan berkongsi keuntungan dengan masyarakat yang memerlukan khususnya kepada golongan asnaf dan B40 dalam situasi mencabar ketika ini.

"Ramai rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan sokongan berikutan kesan ekonomi daripada pandemik Covid-19.

Iklan

"Sejajar dengan slogan ‘Keluarga Malaysia’ oleh kerajaan, Bank Rakyat mengambil inisiatif untuk meraikan sambutan ulang tahunnya tahun ini dengan meringankan beban mereka yang memerlukan, sekali gus mengukuhkan lagi jalinan ukhuwah antara Bank Rakyat dan komuniti.

"Inisiatif ini juga sebagai tanda penghargaan kami kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kepada Bank Rakyat sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab menguruskan perancangan kewangan mereka, ” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Pada 18 September lalu, Abd Rani telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM13,400 kepada 67 mualaf daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Kedah yang diwakili oleh Setiausaha Kehormat Perkim, Turedy Abdullah.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Mohd Jafri Kudus.

Syed Abdul Aziz

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, program yang dilaksanakan dari masa ke masa menerusi kerjasama dengan cawangan Bank Rakyat itu menumpukan pelbagai golongan sasar melibatkan 67 penerima terpilih.

"Mereka merupakan golongan asnaf atau individu atau keluarga B40 dari setiap negeri," katanya.

Beliau berkata, antara penerima sumbangan itu ialah masyarakat orang asli di Kuala Krai, Kelantan, golongan asnaf di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur dan golongan ibu tunggal di Petaling Jaya, Selangor.

"Bank Rakyat turut memberikan sumbangan kepada pelajar sekolah di sekitar Santubong dan Kuching, Sarawak serta sekitar Rompin dan Muadzam Shah, Pahang, mahasiswa daripada keluarga B40 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu dan golongan orang kurang upaya (OKU) di Kluang, Johor.

"Seiring dengan aspirasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dalam melahirkan bangsa usahawan, golongan usahawan di Sandakan, Lahad Datu, Keningau, Kota Marudu dan Kota Kinabalu, Sabah turut menerima sumbangan ini.

"Kami berharap inisiatif ini dapat meringankan beban penerima dan memberikan kegembiraan kepada masyarakat," katanya.