Syor wujud skim khas kepada peminjam PTPTN

Iklan
Kerajaan disyorkan supaya mewujudkan skim khas kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan disyorkan supaya mewujudkan skim khas kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) berkata, skim itu bertujuan membantu peminjam yang terjejas khususnya mereka yang kehilangan pekerjaan atau masih belum mendapat pekerjaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, melalui skim khas tersebut, tempoh waktu lebih panjang mungkin dapat diberikan kepada peminjam untuk membayar balik pinjaman mereka.

"Di harap ini (skim khas) dapat diserapkan dalam pinjaman-pinjaman lain, umpamanya (pinjaman) perumahan.

Iklan

"Ini kerana mereka merupakan keluarga muda yang akan memiliki rumah-rumah berkenaan. Dengan penyerapan pinjaman ini, ia mungkin satu langkah baharu yang dapat dilihat oleh kerajaan," katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Sementara itu, dalam sesi sama, Ahmad Zahid turut mencadangkan supaya lebuh raya bertol dicantumkan selain memberikan potongan sekurang-kurangnya 30 peratus kepada pengguna jalan raya.

Iklan

"Kaedah ini lebih bermanfaat berbanding memanjangkan tempoh konsesi tol dan dalam masa sama dapat mengurangkan beban kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi," ujarnya.