KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini menyediakan kemudahan rawatan pesakit luar buat golongan B40 terutama asnaf bagi mendapatkan rawatan percuma di fasiliti kesihatan milik MAIWP.
Kadar had rawatan diberikan adalah sebanyak RM300 setiap seorang termasuk tanggungan yang berumur 18 tahun ke bawah dan masih belajar, orang kurang upaya dan warga emas.