Warga tempatan bersekongkol dengan nelayan asing

Iklan
Mohd Zubil (kanan) bersama Syed Nor Adli meninjau kapal nelayan asing yang berjaya dirampas di Pusat Tahanan Vesel Maritim Malaysia Kelantan Tok Bali, Pasir Puteh pada Isnin.

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mendedahkan warga tempatan dikesan bersekongkol dengan nelayan asing Vietnam untuk menceroboh masuk dan kemudian merompak hasil laut negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, perkara itu didedahkan oleh unit risikan pasukan berkenaan berpandukan kepada maklumat diperoleh dan hasil siasatan yang telah dijalankan.

Iklan
Iklan

"Antara maklumat yang kita dapat ialah orang tempatan buat dokumen, permit kerja dan pasport palsu untuk nelayan asing Vietnam," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke Pusat Tahanan Vesel Maritim Malaysia Kelantan, di sini pada Isnin.

Hadir sama Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman

Iklan

Menurutnya, Martim Malaysia akan membuat pemeriksaan lebih rapi selepas ini untuk mengenal pasti dalang di sebalik perkara tersebut.

Beliau berkata, Maritim Malaysia percaya kesemua tenaga kerja Vietnam ini masuk menggunakan jalan laut.

Iklan

Mohd Zubil berkata, pihaknya turut mengesan kewujudan bot-bot klon milik Vietnam yang menggunakan nombor pendaftaran tempatan.

"Saya difahamkan ada yang diberi lesen, tetapi bot tersebut tidak lagi beroperasi akibat uzur dan sebagainya.

"Bagaimanapun nombor pendaftaran itu digunakan oleh nelayan Vietnam," katanya.

Menurutnya, Maritim Malaysia akan melihat semua perkara itu secara lebih terperinci termasuklah dari aspek perundangan.